Thursday, 29 November 2012

Latihan Tatabahasa



A. Tulis simpulan bahasa bagi setiap maksud yang diberi.

1. Berjalan-jalan atau bersiar-siar untuk berehat.               ________________________

2. Bahasa percakapan seharian yang tidak betul tatabahasanya.
________________________

3. Hadiah yang dibawa apabila melawat seseorang.           _______________________

4. Suka mencuri atau mudah mengambil barang orang.     _______________________

5. Anak orang lain yang diambil dan dipelihara seperti anak sendiri.
_______________________



B. Pilih penjodoh bilangan yang sesuai , kemudian isi tempat kosong di            
    bawah

1. Pak Razak membeli dua ________________ ( buah , biji, buku ) roti di      
    kedai Pak Kassim untuk anak-anaknya.

2. Tiga _________________ (ekor, bentuk, buah ) lembu akan dikorbankan 
    oleh penduduk Kampung Sentosa sempena Hari Raya Aidil Adha pada tahun
    ini.

3. Encik Rosli menghadiahkan isterinya se  ____________________ 
   ( biji ketul,bentuk ) cincin emas sempena ulangtahun perkahwinan mereka.

4. Mereka menyeberangi sungai itu dengan meniti se ___________________ 
    ( kaki, batang, keping) pokok yang tumbang.

5. Ibu menghiris bawang menggunakan se ________________ 
    ( batang, keping, bilah ) pisau yang tajam.



C. Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang
     paling sesuai.

1. _________________ semua murid hantar kertas lukisan masing-masing
    sekarang.

   A  Minta
   B  Tolong
   C  Sila
   D  Jemput


2. _________________ biarkan adik kamu bermain di tempat yang kotor.

   A  Jemput
   B  Jangan
   C  Minta


3. _______________ makan dan janganlah kamu malu-malu.

   A  Harap
   B  Jemput
   C  Tolong
   D  Minta


4. ________________ kamu semua berpuas hati dengan keputusan
   pertandingan ini.

   A  Tolong
   B  Sila
   C  Harap
   D  Minta


5. ________________ mudah berputus asa kerana gagal sekali tidak bererti 
   kamu akan gagal selamanya.

   A  Minta
   B  Jangan
   C  Harap

Penjodoh Bilangan

1. angkatan - digunakan untuk kumpulan manusia atau benda.
    Contoh - tentera, kapal perang, musuh.




2. baris - benda yang berbaris.
    Contoh - kerusi, rumah, ayat.

3. bentuk - benda yang kecil dan berbentuk.
    Contoh - cincin,subang, mata kail.

4. batang - benda yang panjang dan keras.
    Contoh - tongkat, pen, pokok.




5. berkas - benda yang diikat.
   Contoh - kayu, rotan, buluh

6. bilah - semua jenis senjata atau benda yang tajam runcing.
   Contoh - kapak, lembing, pisau.

7. buku - benda yang berketul.
   Contoh - roti, sabun, benang

8. ekor - semua jenis binatang.
   Contoh - lembu, kucing, ayam


Tuesday, 27 November 2012

Kata Perintah


Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk member sesuatu perintah, larangan , silaan atau permintaan,
 
 
Harap – menunjukkan maksud berhasrat untuk mendapatkan sesuatu atau meminta supaya terjadi sesuatu perkara.
 
Contoh ayat : Harap kamu dapat menerima keputusan dengan hati yang terbuka.
 
Jangan – menyatakan tidak boleh atau melarang seseorang daripada melakukan sesuatu.
 
Contoh ayat : Jangan merosakkan harta-benda sekolah.
 
Jemput – mengajak atau mengundang
Contoh ayat : Jemput datang ke rumah saya petang ini.
 
 
Minta – menunjukkan maksud “mahu akan sesuatu”.
 
Contoh ayat : Minta semua murid-murid berdiri.
 
Sila – menunjukkan meminta dengan hormat supaya melakukan sesuatu.
Contoh ayat : Sila beri tumpuan apabila guru mengajar di dalam kelas.
 
Tolong – meminta bantuan dengan sopan.
Contoh ayat : Tolong basuh semua pinggan mangkuk di singki.
 
Usah – menyuruh seseorang agar tidak melakukan sesuatu.
Contoh ayat : Usah melakukan perkara yang tidak berfaedah.
 
 
Latihan
 
Pilih dan isi tempat kosong dengan kata perintah yang paling sesuai.
 
1        ……………………… ( Harap, Tolong, Jemput) hormati dan jaga perasaan orang lain.
 
2        ………………………. ( Jemput, Minta, Sila ) berikan kerjasama yang padu kepada pihak kami.

Pantun Teka Teki



Ada tubuh ada tangan,
Tiada kepala tiada kaki;
Sangat berguna waktu hujan,
Apakah dia yang dimaksudkan ini.                          Jawapan: Baju Hujan


Pergi umrah setiap tahun,
Moga sentiasa murah rezeki
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi?                                             Jawapan: Lemang





Mulut manis hati nak baik,
Itulah amalan turun temurun;
Benda apa yang akan naik,
Apabila saja hujan turun.                                      Jawapan : Payung



Jikalau tuan tajuk cendana,
Ambil gantang jemurkan pala,
Jikalau tuan bijak laksana,
Binatang apa ekor di kepala?                                      Jawapan :  gajah



Jikalau tuan tajuk cendana, 
Ambil gantang sukatkan padi,
Jikalau tuan bijak laksana,                                      
Binatang apa bertanduk di kaki.                                Jawapan : ayam jantan



Jikalau tuan tajuk cendana,
Ambil gantang sukatkan pulut,
Jikalau tuan bijak laksana
Binatang apa tanduk di mulut.                             Jawapan: nyamuk




 
Belayar perahu dari Berandan,
Menuju arah Selat Melaka,
Lebar kepala dari badan,
Apakah itu cubalah teka.                                     Jawapan: ikan pari


 
Burung nuri burung dara,
Terbang ke sisi taman kayangan,
Cubalah cari wahai saudara,
Makin diisi makin ringan.                                     Jawapan: belon


 
Hari-hari ke rumah Cik Hitam,
Melihat orang memotong tebu,
Apa binatang darahnya hitam,
Janggut delapan tulangnya satu.                          Jawapan: sotong
 

 
Berdengung bukannya kumbang,
Berbelalai bukannya gajah,
Kelam kabut saja terbang,
Hampir kepada kaum bernyawa.                   Jawapan : lebah/penyengat/lalat


Diukur dijangka-jangka,
Burung merak burung angkasa,
Dengar tuan saya meneka,
Layang-layang gagah perkasa.                        Jawapan: kapal terbang



Pak Pong Pak Mustafa,
Encik Dollah di rumahnya,
Diadun tepung dengan kelapa,
Gula Jawa di tengahnya.                              Jawapan : kuih melaka/ lompang


Kalau tuan bawa keladi, 
Bawa juga sipucuk rebung,
Kalau tuan bijak bestari,
Apa binatang tanduk di hidung.                         Jawapan : badak sumbu





Kalau tuan muda teruna,
Pakai seluar dengan gayanya,
Kalau tuan bijak laksana,
Biji di luar apa buahnya.                                       Jawapan : buah gajus



Kalau tuan pergi ke kedai,
Belikan saya si gula batu,
Kalau tuan orang yang pandai,
Apa binatang tulangnya satu.                            Jawapan : sotong


Perumpamaan



·   Perumpamaan ialah susunan kata yang indah dan ringkas serta mempunyai maksud yang tersirat.

    Biasanya perumpamaan dimulakan dengan perkataan yang tertentu seperti bagai, ibarat, laksana, seperti dan umpama.

  1. Bagai aur dengan tebing – tolong-menolong antara satu sama lain
  2. Bagai ayam disambar helang – orang yang hilang dengan tiba-tiba.
  3. Bagai beliung dengan asahan – hubungan yang sangat rapat.
  4. Bagai bulan jatuh ke riba – mendapat sesuatu yang tidak diduga.
  5. Bagai cicak makan kapur – mendapat malu disebabkan kesalahan sendiri.
  6. Bagai dakwat dengan kertas – hubungan yang sangat hingga tidak pernah berpisah.
  7. Bagai dihiris dengan sembilu – perasaan hati yang sangat sedih.
  8. Bagai isi dengan kuku – hubungan persahabatan yang sangat erat.
  9. Bagai kacang lupakan kulit – orang yang tidak mengenang budi.
  10. Bagai menatang minyak yang penuh – memelihara anak dengan penuh kasih sayang.
  11. Seperti anak ayam kehilangan ibu – seseorang yang kehilangan tempat bergantung.
  12. Seperti anjing dengan kucing – selalu bertengkar apabila bertemu.
  13. Seperti langit dengan bumi – perbezaan yang terlalu besar.
  14. Seperti rusa masuk kampung – seseorang yang tecengang-cengang apabila berada di kawasan baru.
  15. Seperti rumput di tepi jalan – orang yang hidup dalam kemiskinan.

Simpulan Bahasa


·         Simpulan bahasa ialah ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua patah kata dan member makna yang berlainan daripada perkataan yang membentuknya.

  1. Ada angin  - ada kalanya baik dan ada kalanya meradang atau marah-marah
  2. Ada hati -  ada keinginan yang melebihi kesanggupan.
  3. Ada jalan – ada cara untuk melakukan sesuatu.
  4. Air muka – rupa muka atau wajah seseorang
  5. Ajak-ajak ayam – mempelawa atau mengajak orang lain dengan tidak bersungguh-sungguh.
  6. Akal kancil – tipu helah yang licik atau licin.
  7. Angkat tangan – menyerah kalah.
  8. Atas pagar – tidak menyebelahi mana-mana pihak.
  9. Ayam tambatan – orang yang menjadi harapan
  10. Bahasa pasar – bahasa percakapan seharian yang tidak betul tatabahasanya.
  11. Batu api – orang yang suka menghasut orang lain untuk membangkitkan pergaduhan
  12. Bau-bau bacang – ada pertalian persaudaraan tetapi sudah jauh.
  13. Bawa mulut – orang yang suka menceritakan hal seseorang kepada orang lain.
  14. Bekas tangan – hasil tangan seseorang.
  15. Berat mulut – pendiam atau tidak suka bercakap banyak.