Tuesday, 27 November 2012
Kata Perintah
Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk member sesuatu perintah, larangan , silaan atau permintaan, Harap – menunjukkan maksud berhasrat untuk mendapatkan sesuatu atau meminta supaya terjadi sesuatu perkara. Contoh ayat : Harap kamu dapat menerima keputusan dengan hati yang terbuka. Jangan – menyatakan tidak boleh atau melarang seseorang daripada melakukan sesuatu. Contoh ayat : Jangan merosakkan harta-benda sekolah. Jemput – mengajak atau mengundang Contoh ayat : Jemput datang ke rumah saya petang ini. Minta – menunjukkan maksud “mahu akan sesuatu”. Contoh ayat : Minta semua murid-murid berdiri. Sila – menunjukkan meminta dengan hormat supaya melakukan sesuatu. Contoh ayat : Sila beri tumpuan apabila guru mengajar di dalam kelas. Tolong – meminta bantuan dengan sopan. Contoh ayat : Tolong basuh semua pinggan mangkuk di singki. Usah – menyuruh seseorang agar tidak melakukan sesuatu. Contoh ayat : Usah melakukan perkara yang tidak berfaedah. Latihan Pilih dan isi tempat kosong dengan kata perintah yang paling sesuai. 1 ……………………… ( Harap, Tolong, Jemput) hormati dan jaga perasaan orang lain. 2 ………………………. ( Jemput, Minta, Sila ) berikan kerjasama yang padu kepada pihak kami.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment